Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK: Pemuda Umno nafi protes calon BN di Pelangai | Scoop

PRK: Pemuda Umno nafi protes calon BN di Pelangai

'Tidak ada langsung protes daripada Pemuda UMNO…tidak ada isu pun untuk kita protes calon': Muhamad Akmal Saleh

5:17 PM MYT

 

BENTONG – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes dalam kalangan ahli sayap parti itu terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau berkata Pemuda UMNO Pahang dan Bentong taat serta menghormati kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan strategi terbaik bagi memenangi pilihan raya itu.

“Tidak ada langsung protes daripada Pemuda UMNO…tidak ada isu pun untuk kita protes calon,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan bekas ahli Pemuda UMNO Bahagian Bentong,  Haslihelmy DM Zulhasli, yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRK DUN Pelangai, sebagai tanda protes terhadap keputusan BN mengetengahkan Amizar sebagai calon.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keahlian Haslihelmy sebagai ahli Pemuda UMNO Bahagian Bentong gugur secara automatik selepas bertanding sebagai calon Bebas.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN) dan Haslihelmy yang menggunakan simbol kereta.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal. – 24 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related