Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Fahmi adakan mesyuarat dua hala di Da Nang | Scoop

Fahmi adakan mesyuarat dua hala di Da Nang

Kedua-dua menteri melahirkan kebimbangan mengenai penggunaan media sosial dalam aktiviti penipuan dan menyebarkan maklumat palsu yang memberi kesan buruk kepada rakyat

8:49 PM MYT

 

DA NANG – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam dan Kemboja, di luar Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16, di sini hari ini. 

Perjumpaan Fahmi dengan Menteri Komunikasi dan Maklumat Vietnam Nguyen Manh Hung yang berlangsung selama 40 minit membincangkan antaranya membentuk kerjasama mendalam antara agensi di kedua-dua kementerian, termasuk pertukaran berita dan teknologi komunikasi.

Kedua-dua menteri juga berbincang panjang lebar mengenai peraturan untuk dikenakan ke atas gergasi Internet bagi mengimbangi saluran berita untuk kandungan yang diperoleh daripada mereka, merujuk kepada Australia dan New Zealand sebagai contoh dalam menangani isu sama. 

Semasa pertemuan itu, Fahmi berkata ketika ini Malaysia sedang membuat sedikit pelarasan mengenai  perincian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Vietnam dalam bidang komunikasi dan maklumat.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Kemboja Neth Pheaktra memuji Malaysia kerana terkehadapan dalam bidang kewartawanan, sambil menambah Kemboja berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi mengenai bidang ini memandangkan negara itu sedang dalam proses menubuhkan institut kewartawanan dan perhubungan awam. 

Dalam mesyuarat selama 40 minit itu, kedua-dua menteri itu melahirkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan media sosial dalam aktiviti penipuan dan menyebarkan maklumat palsu kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada rakyat.

Pheaktra yang baru dilantik ke jawatan itu minggu lepas, juga menzahirkan minat Kemboja terhadap kandungan mengenai Islam dan berharap untuk mempelajari pengalaman Malaysia memandangkan ia mempunyai sejuta umat Islam.

Kedua-dua mesyuarat dua hala itu juga dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD)  Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan (JaPen) Datuk E.Sivabalan.

 Turut hadir pada mesyuarat itu  ialah Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Nur-ul Afida Kamaludin dan pegawai tinggi daripada KKD dan agensinya.

Vietnam dan Kemboja antara negara anggota ASEAN menyertai AMRI ke-16 di Furama Resort Danang, di sini yang berakhir esok. – 22 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related