Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Serampang dua mata: ‘Abang Bomba’ sado, kerja sambil aktif bersukan | Scoop

Serampang dua mata: ‘Abang Bomba’ sado, kerja sambil aktif bersukan

Fenomena Abang Sado dalam kalangan anggota Bomba selepas mereka muncul pada perarakan Hari Kemerdekaan tahun lepas

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota bomba sentiasa bertugas untuk membantu dan melindungi orang awam serta haiwan dalam situasi kecemasan.

Anggota bomba mesti tangkas berfikir dan mampu bekerja dengan baik dalam keadaan tertekan, kerana mereka dikehendaki membuat keputusan segera yang boleh memberi kesan ketara kepada keselamatan orang ramai di sekeliling.

Tiada istilah rehat dan fikiran mereka tidak pernah tenang, kerana mengetahui sejuta perkara boleh berlaku ketika bertugas. Namun, mereka tetap akan menjalankan tanggungjawab secara profesional tanpa rasa was-was.

Walaupun pekerjaan tersebut menuntut tahap fizikal yang tinggi dan kebiasaannya melibatkan kerja berjam-jam lamanya, wira merah ini akan sentiasa menjalani latihan dan penyesuaian fizikal berterusan.

Rozihan Anwar Mamat berkata gim turut disediakan kepada anggota Bomba untuk bersukan, apatah lagi mereka perlu sentiasa cergas. – Gambar media sosial, 24 September, 2023

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, trend Abang Sado dapat menarik minat orang awam terhadap keselamatan dan aspek pencegahan kebakaran.

“Mereka berjaya menarik minat orang ramai untuk mendekati anggota Bomba dan mereka juga telah dijemput memberikan taklimat mengenai gaya hidup sihat,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Amir Ikhwan Mohamad Shamsudin (kiri), Sairul Hafiz Said dan Muhammad Redzwan Haziq Mohd Yusaimi turut terlibat dalam bidang sukan, ketika mereka tidak sibuk dengan tugas harian.- Alif Omar, Gambar Scoop, 24 September, 2023


Bagaimanapun, peribahasa serampang dua mata cukup sinonim dengan anggota bomba.

Manakan tidaknya, kemunculan sekumpulan anggota bomba bertubuh sasa pada sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini mencuri tumpuan ramai. Susulan fenomena itu, abang bomba ‘sado’ mendapat ramai peminat dalam masa singkat.

Trend Abang Sado dapat menarik minat orang awam terhadap keselamatan dan aspek pencegahan kebakaran – Alif Omar/Scoop, 24 September, 2023

Pada kali ini, Scoop.my menemubual tiga abang bomba sado yang terlibat dalam perarakan Hari Kemerdekaan lalu yang menceritakan mengenai pengalaman mereka dalam pasukan tersebut. – 24 September, 2023


Topics

 

Hangat

Related