Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Umno Wilayah gesa SPRM siasat Radzi berkait mesej tular kontrak selenggara sekolah, buku J-Qaf | Scoop

Umno Wilayah gesa SPRM siasat Radzi berkait mesej tular kontrak selenggara sekolah, buku J-Qaf

Dua mesej tular di WhatsApp dua hari lalu, mengaitkan Radzi dengan beberapa individu berkait pemberian kontrak penyelenggaran sekolah dan pencetakan buku J-Qaf

4:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Umno Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan dilakukan terhadap mantan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Radzi Jidin.

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Ghulam Muzaffar Ghulam Mustakim berkata, pihaknya menerima dua mesej tular di WhatsApp dua hari lalu, mengaitkan Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dengan beberapa individu berkait pemberian kontrak penyelenggaran sekolah dan pencetakan buku J-Qaf.

“Mesej pertama mengaitkan Radzi dengan pemberian kontrak kepada seorang kontraktor utama dikenali sebagai ‘Dato Chia’ yang didakwa membolot projek selenggara sekolah.

“Difahamkan individu ini juga adalah kartel dan modus operandinya dengan pergi ke sekolah berstatus Pusat Tanggungjawab (PTj) dan menawarkan peruntukan ke sekolah secara terus dari Kementerian Pendidikan (KPM) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Mesej ini menjadi satu polemik dan kita ingin buat laporan atas dasar kebenaran dan isi kandungan yang ditularkan,” katanya kepada pemberita di perkarangan luar ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Umno Bahagian Batu membuat laporan SPRM mengenai tuduhan rasuah terhadap Datuk Seri Radzi Jidin di Ibu Pejabart SPRM di Putrajaya, hari ini. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 21 September, 2023

Radzi dilantik sebagai Menteri Kanan Pendidikan pada Mac 2020 dalam kerajaan ditadbir Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Ghulam Muzaffar yang juga Ketua Umno Bahagian Batu berkata, satu lagi mesej ditularkan di WhatsApp yang mengaitkan Radzi, iaitu berhubung pemberian kontrak secara terus bagi pencetakan buku J-Qaf untuk pra sekolah kepada individu dengan gelaran ‘Tengku’.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat carian menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat yang dinamakan dalam mesej terbabit wujud.

“Semakan pemilik syarikat pun turut mendapati nama ‘Tengku’ terbabit turut tersenarai.

“Jadi kami minta supaya SPRM dapat membuat siasatan lanjut tentang isu dan isi kandungan kedua-dua mesej tular itu.

“Sekiranya tanpa aduan rasmi, SPRM tak dapat laksana tanggungjawab dan kami juga hendak pastikan sama ada mesej yang diterima berkait skandal dan penyelewengan itu benar-benar terjadi,” katanya. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related