Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar Ibrahim perjelas isu harga minyak tak turun | Scoop

Anwar Ibrahim perjelas isu harga minyak tak turun

Menurutnya, harga semasa petrol di negara ini masih rendah, iaitu RM2.05 seliter, justeru tidak wajar cadangannya berhubung penurunan harga bahan itu terus dimanipulasi tanpa mengambil kira perkembangan semasa

10:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan punca harga petrol tidak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter adalah berikutan ia tertakluk kepada kadar semasa minyak mentah dunia.

Perdana Menteri berkata, jika dibuat perbandingan, harga semasa petrol di negara ini masih berada pada tahap rendah, iaitu RM2.05 seliter, manakala Arab Saudi menetapkan pada kadar harga RM2.84 seliter.

Susulan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, tidak wajar jika cadangan diajukan beliau ketika tahun 2018 itu, berterusan dimanipulasi, tanpa mengambil kira perkembangan harga minyak semasa.

“Masa itu (2018), berapa harga minyak di Arab Saudi, 50 sen per liter, manakala di Malaysia (RM2.21 seliter).

“Sekarang semasa saya jadi Perdana Menteri, berapa harga petrol? Minyak di Arab Saudi RM2.84 seliter, manakala di Malaysia RM2.05 seliter.

“Kita kena ambil kira ini, kenaikan atau penurunan minyak. Itu maknanya, (harga) minyak kita masih rendah, justeru tidak tepatlah jika mahu terus menggunakan komen dan hujah dibuat bersama-sama ketika kita dalam Pakatan Rakyat sebelum ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Lima tahun lalu, ketika menjadi Ketua Pembangkang, Anwar berjanji menurunkan harga petrol kepada RM1.50 seliter jika beliau mendapat mandat sebagai Perdana Menteri. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related