Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM jamin harga beras tempatan tidak naik | Scoop

PM jamin harga beras tempatan tidak naik

10:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan.

Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan menteri-menteri yang berkaitan untuk turun padang dan memantau harga barangan di pasaran memandangkan isu berkenaan tidak boleh diambil ringan oleh kerajaan.

“Walaupun kita beri jaminan harga beras tempatan tidak naik tapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik, cuma saya harap Ahli Yang Berhormat faham (contohnya) kenaikan harga bawang, fahamkanlah bahawa sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40 peratus.

… dan kita kena faham ini, dan India buat keputusan naikkan duit eksport bawang 40 peratus dan tentunya bagi kita dari Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan dari harga itu begitu juga keputusan India bulan lalu untuk hadkan (eksport) beras putih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan teori bekalan dan permintaan perkembangan berkenaan sudah pasti akan mengakibatkan kenaikan harga barangan.

Justeru, kerajaan telah mengambil langkah dengan memberikan tambahan subsidi bagi menjamin harga beras tempatan di paras yang rendah.  

“… jadi ikut teori  bekalan dan permintaan bila eksport dihadkan harga naik maka kita tambah subsidi untuk menjamin beras tempatan tidak naik harga,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, Anwar mengulangi pendirian Kerajaan Perpaduan yang terbuka dan bersedia untuk berunding mengenainya seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Bahkan katanya beliau telah menugaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai wakil daripada pihak kerajaan untuk mengetuai perbincangan mengenai perkara itu.

“Keputusan muktamad daripada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, seperti mana yang diluluskan Bera (Ismail Sabri) semasa dia menjadi Perdana Menteri, peraturan yang lebih kurang kita guna. Hendak peruntukan, bincang…runding, jangan sombong dan angkuh,” kata Perdana Menteri. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related