Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentang pada Belanjawan 2024: PM | Scoop

Perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentang pada Belanjawan 2024: PM

10:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentangkan dalam Belanjawan MADANI Kedua 2024 pada Oktober depan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa sebarang rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan tidak akan membebankan golongan berpendapatan menengah dan bawahan.

“Ini kerana sebarang penyesuaian yang membebankan tentu akan menambah beban sedia yang ditanggung oleh golongan miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau akan turut membentangkan perincian mengenai isu percukaian dan penambahan pendapatan negara dalam Belanjawan 2024 bagi membolehkan kerajaan berbelanja mengikut keupayaannya.   

Mengenai pengecualian cukai batik, Perdana Menteri berkata kerajaan telah menyediakan pengecualian duti import ke atas kain sutera putih, rayon dan voile serta kain kapas putih.

Tambahnya, pengecualian duti import boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja dengan butiran 62, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. – 19 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related