Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengarah syarikat rugi hampir RM350,000 akibat skim pelaburan tidak wujud | Scoop

Pengarah syarikat rugi hampir RM350,000 akibat skim pelaburan tidak wujud

8:22 PM MYT

 

IPOH – Seorang pengarah syarikat kerugian RM348,673 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud menggunakan aplikasi ‘OSL’ yang ditawarkan kenalan laman media sosialnya.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 58 tahun itu membuat laporan polis sebaik menyedari wang dilaburkan tidak mendapat pulangan. 

Beliau berkata pengadu berkenalan dengan seorang wanita secara maya menerusi Facebook pada 27 Julai lepas yang telah memperdayakannya untuk membuat pelaburan menerusi satu aplikasi dikenali sebagai OSL.

“Bagi tempoh 12 Ogos hingga 26 Ogos 2023, pengadu telah memasukkan dana sebanyak lapan kali ke dalam tujuh akaun bank yang berlainan berjumlah RM348,673.

“Setelah beberapa hari, pengadu mendapati akaun pelaburan OSL pengadu telah memperolehi keuntungan sebanyak RM1.06 juta (RM1,060,085.41),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, apabila pengadu ingin mengeluarkan wang keuntungan tersebut, suspek telah meminta bayaran 30 peratus daripada jumlah keuntungan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, Mohd Yusri mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Dalam perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika anda merupakan mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dan anda baru sahaja membuat transaksi ke akaun keldai,” katanya.

Selain itu, katanya, sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan boleh disalurkan kepada CCID Infoline menerusi aplikasi WhatsApp di talian 013-2111222 (waktu operasi 8 pagi hingga 8 malam) selain melayari laman sosial pihak polis. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related