Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Nama Ustazah Norhafizah digugurkan kerana ada aduan, penganjur ada hak ganti tokoh lain | Scoop

Nama Ustazah Norhafizah digugurkan kerana ada aduan, penganjur ada hak ganti tokoh lain

Pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah mengadakan perbincangan dengan penganjur utama program itu dan bersetuju langkah diambil bagi mengelak isu berbangkit timbul

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan nama Datuk Dr Norhafizah Musa digugurkan dalam program Muslimah Putrajaya Berselawat pada 24 September ini kerana terdapat aduan daripada pihak yang mempertikaikan penglibatan beliau pada program tersebut.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, susulan itu pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya telah mengadakan perbincangan dengan penganjur utama program itu dan bersetuju langkah diambil bagi mengelak isu berbangkit timbul.

“Maka nama Datuk Norhafizah Musa telah digantikan dengan tokoh lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Hakimah berharap isu tersebut tidak diperbesarkan dan menjadi hak penganjur untuk menentukan keputusan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar,” katanya.

Terdahulu, penceramah bebas itu menerusi hantaran di Facebook beliau mendakwa namanya digugurkan daripada program tersebut atas arahan pihak atasan.

Norhafizah turut berharap ketiadaannya pada program itu tidak menimbulkan persoalan kepada pengunjung yang sudah membeli tiket.

“Ustazah digugurkan atas arahan pihak atasan dari menyampaikan kuliah di program mengajak Muslimah Berselawat dan Mencintai Rasulullah SAW ini.

“Jadi, harap tidak timbul nanti, kenapa dah bayar tiket , tengok-tengok ustazah Norhafizah Musa tak ada.

“Bagi ustazah, ada yang lebih atas dari segala yang atas. Dah banyak kali berlaku, ustazah diamkan saja sebab sangat yakin, panahan doa lebih tajam dan tak pernah salah alamat,” katanya.

Program yang berlangsung pada Ahad ini turut menampilkan pendakwah bebas Aisyah Baa’in , Noor Laila Aniza Zakaria, Datin Seri Heliza Helmi dan juga adiknya Hazwani Helmi serta isteri kepada pendakwah selebriti, Da’I Syed iaitu Hana Ismail. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related