Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Kalau serius, buatlah demontrasi desak Muhyiddin bawa menantu pulang, kenapa PN diam?’ | Scoop

‘Kalau serius, buatlah demontrasi desak Muhyiddin bawa menantu pulang, kenapa PN diam?’

Beliau beranggapan PN ‘mengunci mulut’ kerana bimbang jika individu terbabit didakwa, lebih ramai pemimpin gabungan itu akan terpalit isu Jana Wibawa

7:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mencabar Perikatan Nasional (PN) menganjurkan demontrasi untuk mendesak Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa pulang menantu beliau ke negara ini untuk menyerah diri.

Malah, beliau berkata, gabungan itu juga boleh mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan usaha sama bagi memastikan menantu bekas Perdana Menteri itu disiasat.

“Pemuda PN, apa cerita menantu Muhyiddin. Ini satu lagi contoh demo (demonstrasi) terpilih. Kalau serious (serius) buatlah demonstrasi desak Muhyiddin bawa menantu dia balik serah diri.

“PN juga boleh desak agar PDRM bawa balik dengan segera menantu Muhyiddin untuk disiasat,” katanya menerusi hantaran di Facebook

Beliau juga mempersoalkan tindakan PN yang mengunci mulut dan mendakwa ia disebabkan gabungan berkenaan ‘pengecut’ kerana bimbang lebih ramai pemimpinnya akan terpalit dengan isu membabitkan Jana Wibawa.

“Kenapa PN senyap. Ternyata Pemuda PN takut. Jika menantu Presiden Bersatu didakwa, ramai terpalit isu Jana Wibawa termasuk pemimpin PAS,” katanya.

Hantaran Puad itu dipercayai susulan tindakan Pemuda PN menganjurkan Himpunan Selamatkan Malaysia hari ini, bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Seramai kira-kira 700 peserta acara itu, termasuk pemimpin kanan PN, NGO dan orang awam, berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru menuju ke pusat membeli-belah, Sogo.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, pihaknya sedang mengesan keberadaan menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dan peguam, Mansoor Saat yang didakwa melarikan diri ke luar negara.

Adlan dan Mansoor dikehendaki suruhanjaya itu bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM berkata, Adlan dan Mansoor meninggalkan Malaysia pada Mei lalu, namun kedua-dua individu terbabit kemudian mengeluarkan kenyataan melalui peguam menafikan mereka melarikan diri daripada undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi kenyataannya pula, mengesahkan Adlan dan Mansoor, sudah disenarai notis merah oleh Interpol. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related