Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PH Sabah nafi laporan Musa Aman ketuai gabungan negeri | Scoop

PH Sabah nafi laporan Musa Aman ketuai gabungan negeri

11:26 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan sebuah portal berita tempatan kononnya bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bakal mengetuai gabungan politik itu.

Menerusi kenyataan bersama hari ini, gabungan itu menyatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah dibincang atau diputuskan oleh mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PKR Sabah Datuk Sangkar Rasam, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.

Menurut kenyataan itu, PH Sabah amat terkejut dengan laporan bertajuk Musa Aman akan ketuai PH Sabah? yang tular di media sosial dan menimbulkan kekeliruan serta kerisauan rakyat.

“PH Sabah mengambil pendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbang, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan PH Sabah.

“PH Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara ini termasuk hala tuju PH Sabah menjelang pilihan raya negeri yang bakal diadakan,” katanya. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related