Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Himpunan Selamatkan Malaysia: Puad dakwa PN tukar lokasi untuk capai misi politik | Scoop

Himpunan Selamatkan Malaysia: Puad dakwa PN tukar lokasi untuk capai misi politik

Beliau mendakwa, PN juga tidak mahu pentadbiran sedia ada stabil agar kerajaan tebuk atap berulang.

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertukaran lokasi demonstrasi ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ dirancang Pemuda Perikatan Nasional (PN) ke Kampung Baru pada Sabtu ini, dianggap mahu mencetuskan situasi ‘panas’ dan ‘kecoh’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, gabungan politik pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga sebenarnya mahu konflik terus berlaku bagi membolehkan ia mencapai misi.

Hakikatnya, beliau menegaskan, PN boleh sahaja menganjurkan demonstrasi itu di tempat yang tidak mengganggu lalu lintas dan orang awam.

“Esok Pemuda PN berdegil untuk terus berdemonstrasi isu DNAA Zahid. Rugi jika tidak main isu Zahid. Ini bola tanggung, kata Tuan Ibrahim.

“Elok PDRM (Polis Diraja Malaysia) benarkan sahaja. Bagi mereka berhimpun di Padang Merbok atau Stadium Titiwangsa. Biar PN buat di tempat yang tidak ganggu lalu lintas dan orang awam.

“Tetapi PN mahu demo panas dan kecoh. Sebab itu mesti buat di Kampung Baru. PN tidak mahu demonstrasi syok sendiri. PN sebenarnya mahu konflik terus berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mendakwa, PN juga tidak mahu pentadbiran sedia ada stabil agar kerajaan tebuk atap akan berulang.

“Menunggu PRU (Pilihan Raya Umum) empat tahun lagi terlalu lama. Pemimpin PAS seronok duduk dalam kerajaan Pusat dan jadi menteri. Sebab itu demo ini inisiatif PAS,” dakwanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya bercadang mengadakan demontrasi esok itu bagi membantah keputusan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi minggu lalu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa ia diadakan bertujuan meraikan sambutan Hari Malaysia.

Awalnya, demontrasi itu dijadual diadakan di sekitar pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bukit Bintang.

Namun, PN kemudian menukar lokasi untuk mengadakan perhimpunan itu di Kampung Baru. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related