Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen tidak jadikan Dewan Rakyat pasar borong | Scoop

Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen tidak jadikan Dewan Rakyat pasar borong

Ia susulan beberapa Ahli Parlimen ‘bertikam lidah’ dan bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat berhubung perkara dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu)

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor menegur Ahli Parlimen agar menjaga kelakuan dan tidak menjadikan suasana persidangan Dewan Rakyat seperti di pasar borong.

Teguran itu dibuat susulan beberapa Ahli Parlimen ‘bertikam lidah’ dan bangun untuk membangkitkan Peraturan Mesyuarat berhubung perkara yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini. 

“Saya nak dengar, kalau yang berhormat nak juga jadi pasar borong, fakta tak dapat direkod dan penjelasan saya tak dapat dengar jadi saya minta kerjasama agar bertenang… janganlah kita ubah kuorum ini menjadi pasar ikan,” katanya.

Terdahulu ketika perbahasannya, Takiyuddin mempersoal penggunaan tiga helikopter oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebuah majlis di Sungai Besar, Selangor yang didakwanya menggunakan peruntukan besar, sedangkan sebelum ini Anwar dikatakan menolak perbelanjaan baik pulih kediaman dan kereta untuk bantu golongan sasar. 

Kenyataan Takiyuddin itu menyebabkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mencelah dan meminta penjelasan berhubung perkara itu, selain Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (6) mengenai seorang ahli dewan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli lain.

“Apa yang dikatakan (Ahli Parlimen) Kota Bharu adalah fitnah apabila nyatakan kerajaan belanja berpuluh ribu ringgit buat helipad untuk perdana menteri, kena tanya fakta betul atau tidak… apa yang Kota Bharu kata semua daripada netizen, cybertrooper mereka, tidak boleh buat apa-apa tuduhan tidak berasas.

“Jangan ikut laporan daripada Facebook atau TikTok mereka, tetapi kita ini di dewan mulia, kita tak boleh bawa apa sahaja daripada netizen sebagai satu kebenaran, (kenyataan) itu bukan kebenaran,” katanya.

Turut bangun pada sesi itu ialah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 37 (2) mengenai pengerusi mempunyai kuasa tidak membenarkan mana-mana ahli dewan minta penjelasan jika dipercayai mempunyai niat untuk mengacau ahli dewan yang sedang berucap. 

“Kita ada Peraturan Mesyuarat yang jelas dan kes-kes macam ini semata-mata untuk mengganggu perbahasan yang sedang dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Bharu,” katanya.

Bagaimanapun penjelasan Kiandee itu menyebabkan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) bangkit mencelah dan menyifatkan kenyataan itu adalah sangkaan jahat.

Ramli kemudian membuat ketetapan supaya Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Takiyuddin untuk mengemukakan usul supaya perkara itu boleh dinilai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk dibawa ke Parlimen. – 14 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related