Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Digelar boneka dan cucu atok, Syed Saddiq saran tengok 'track record' | Scoop

Digelar boneka dan cucu atok, Syed Saddiq saran tengok ‘track record’

Malah katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembangkang tidak mengetahui keputusan parti Muda untuk menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima dengan hati terbuka terhadap kritikan bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘boneka’ dan ‘cucu atok’.

Namun Ahli Parlimen Muar itu menyarankan mereka yang memberikan gelaran seumpama itu supaya melihat track record kerjanya selama ini, iaitu ketika beliau menjadi menteri di mana banyak perkara dibangkitkan tidak mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri tersebut.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika rakaman program podcast PodaBoom pertama ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, baru-baru ini. – Azim Rahman/Scoop, 15 September, 2023

“Saya ada dengar banyak kali, diperalat, diperkuda dan cucu atok. Saya terima kritikan dengan hati terbuka cuma saya sarankan tengok track record saya, masa saya dalam kerajaan ramai yang tahu. Ada perkara yang saya perjuangkan ditentang oleh Tun.

“Sebagai contoh isu gaji minimum di mana Tun menentangnya tapi saya bangkitkan banyak kali. Begitu juga dengan isu RM6.5 bilion peruntukan dana khas untuk menjana pekerjaan kepada anak muda. Pada peringkat awal tidak dipersetujui tapi saya dan yang lain mendesaknya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan podcast PodaBoom ‘The Good, The Bad, and The Ugly’ baru-baru ini.

Ia dihoskan oleh ketua pengarang kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez, ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Zainul Arifin dan pengarah eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (Rocky).

Ketua pengarang kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez menunjukkan kemeja-t Scoop kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – Azim Rahman/Scoop, 15 September, 2023

Syed Saddiq berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan Dr Mahathir sehingga ada yang menggelarnya sebagai boneka kepada bekas Perdana Menteri itu.

Pada 10 September lalu, Syed Saddiq mengumumkan menarik diri sebagai penyokong kerajaan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Dari kiri, Datuk Ahirudin Attan (Rocky), Terence Fernandez, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Zainul Arifin bergambar selepas rakaman program podcast PodaBoom pertama ‘The Good, The Bad, and The Ugly’, baru-baru ini. – Azim Rahman/Scoop, 15 September, 2023

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berasa hairan kerana isu yang dibangkitkannya iaitu keputusan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan pecah amanah membabitkan Yayasan Akalbudi dan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) langsung tidak mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir.

Malah katanya, Dr Mahathir serta pembangkang tidak mengetahui keputusan parti Muda untuk menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Mereka sampai terkejut dan tak sangka Ahli Parlimen kerajaan sanggup gadai RM3.8 juta untuk ambil keputusan yang berprinsip,’’ katanya. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related