Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pesara wanita di Kerian kerugian RM485,000 ditipu Phone Scam | Scoop

Pesara wanita di Kerian kerugian RM485,000 ditipu Phone Scam

Wanita berusia 72 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 11.40 pagi semalam

10:36 AM MYT

 

IPOH – Seorang wanita warga emas di daerah Kerian mengalami kerugian RM485,000 akibat terpedaya dengan penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 72 tahun itu yang merupakan seorang pesara swasta, membuat laporan polis pada pukul 11.40 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah dihubungi oleh seorang lelaki pada 4 Ogos lalu, yang mendakwa dari sebuah syarikat penghantaran kononnya mangsa ada membuat penghantaran bungkusan yang tidak berjaya dihantar kepada penerima.

“Suspek turut memaklumkan bungkusan tersebut mengandungi kad kredit, cip kad pengenalan dan kad ATM. Mangsa bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Mangsa kemudiannya telah disambungkan panggilan kepada dua individu yang menyamar sebagai pegawai polis masing-masing dari Ibu Pejabat Polis Ipoh dan Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata mangsa telah diperdaya dengan dituduh terlibat berkaitan kes pemerdagangan manusia dan penggubahan wang haram, serta diugut akan ditangkap dan dipenjarakan.

“Mangsa yang ketakutan kemudiannya telah bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh suspek, dengan memindahkan kesemua wang milik mangsa ke dalam akaun yang diberikan suspek, bagi mengelakkan daripada wang mangsa dirampas dan dibekukan,” katanya.

Mohd Yusri berkata suspek turut berjanji untuk memulangkan wang tersebut setelah siasatan selesai dan suspek turut mengarahkan mangsa untuk tidak memaklumkan perkara ini kepada sesiapa, kononnya bagi mengelakkan siasatan terganggu.

“Bermula 8 Ogos sehingga 6 Sept lalu, mangsa telah melakukan sebanyak 34 kali pindahan wang di mesin ATM sekitar daerah Kerian dan Nibong Tebal di Pulau Pinang ke dalam 11 akaun bank milik seorang individu.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah perbuatan mangsa tersebut dicurigai oleh anak saudara, yang datang melawat sewaktu mangsa ingin keluar membuat pindahan wang berikutnya dan menceritakan segalanya setelah didesak oleh keluarga dan membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related