Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang: Johari | Scoop

Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang: Johari

Surat mengenai pertukaran tempat duduk terbabit sudah diterimanya daripada Presiden MUDA itu

7:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok, susulan keputusannya menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau sudah menerima surat daripada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berhubung permohonan untuk mengubah tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

“Saya menerima surat, beliau memohon mengubah tempat, tidak ada masalah, saya sudah meminta pihak pentadbiran mengubah tempat beliau ke tempat pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen di sini, hari ini. 

Semalam, Syed Saddiq menarik diri sebagai penyokong kerajaan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bersidang enam hari bermula hari ini yang memberi tumpuan kepada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, sesi perbahasan Ahli Parlimen dijadual tiga hari bermula esok dan jawapan kementerian berkaitan pada 18 serta 19 September.

Terdahulu, Johari menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Korea Selatan, Kim Jin-pyo dengan kedua-dua pihak membincangkan beberapa perkara, termasuk kerjasama dalam bidang teknologi.

“Saya mengajak beliau melihat dari sudut ASEAN kerana kita akan menjadi pengerusi bagi persidangan 2025…bagaimana teknologi dia ada dan tenaga buruh kita ada, bagaimana kita boleh membangunkan rantau ini sebagai rantau dihormati,” katanya.

Jin-Pyo juga meluangkan masa menyaksikan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini, selain mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Dr Junaidi Tuanku Jaafar. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related