Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM terima kunjungan Rajinikanth, netizen teruja | Scoop

PM terima kunjungan Rajinikanth, netizen teruja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkongsi momen beliau bertemu dengan bintang filem terkenal dari India itu di akaun media sosial rasmi beliau

5:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang filem terkenal dari India, Rajinikanth.

Anwar berkongsi foto momen pertemuan dengan pelakon filem Jailer itu di Instagram miliknya.

“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni Asia dan antarabangsa.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat,” tulisnya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, antara topik yang dibincangkan secara santai bersama aktor itu adalah mengenai elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan beliau untuk dimasukkan ke dalam filem lakonan Rajinikanth kelak.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dunia perfileman,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pertemuan dua figura hebat ini.

Mereka turut memuji Rajinikanth yang hanya berpakaian biasa ketika bertemu Anwar yang turut dikenali sebagai PMX. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related