Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Institut Kesihatan Mental ditubuhkan | Scoop

Institut Kesihatan Mental ditubuhkan

Anwar berkata, isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini

12:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Beliau juga berkata, sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan. 

“Kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan yang sekian lama berlanjutan,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan bagi menghadapi cabaran dan dampak negara menua.

“Kerajaan juga mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan Pusat Geriatrik baharu bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.

“Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 juga sedang diperhalusi dan dijangka akan dikuatkuasakan pada 2025,” katanya. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related