Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Premis nasi ayam claypot viral Sri Petaling tiada sijil halal: Jakim | Scoop

Premis nasi ayam claypot viral Sri Petaling tiada sijil halal: Jakim

Terdahulu, status halalnya diragui, malah masakan itu didakwa menggunakan rice wine, sekali gus menimbulkan persoalan dan keresahan pelanggan Muslim

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk sebuah premis makanan nasi ayam claypot (Claypot Chicken Rice) di Sri Petaling yang menyaksikan status halalnya diragui.

Menerusi kenyataannya, Jakim berkata, berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis terbabit juga bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sah.

“Ketika ini ditularkan melalui media sosial berkenaan dengan status halal sebuah premis makanan di Sri Petaling yang menggunakan rice wine dalam masakan. Isu ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Muslim yang mengunjungi premis terbabit.

“Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis terbabit bukan pemegang SPHM sah dan pihak Jakim, tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis itu,” katanya.

Justeru, Jakim menasihatkan pengguna Muslim sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan ingin dikunjungi.

“Pastikan premis dipilih adalah pemegang SPHM sah daripada pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Bagi mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, orang ramai boleh melayari portal rasmi halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.

“Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal. Ikuti penjelasan berkenaan isu halal yang tular melalui Facebook Bahagian Pengurusan Halal, Jakim,” katanya.

Semalam, media melaporakan, tular tindakan seorang peniaga didakwa menggunakan bahan dikhuatiri tidak halal di dalam masakannya, sekali gus menerima kecaman ramai.

Makanan dijual peniaga itu baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pempengaruh media sosial membuat ulasan makanan nasi ayam ‘claypot’ yang dijual peniaga terbabit di sebuah restoran.

Difahamkan, peniaga berkenaan mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan bangsa Cina itu, dijadikan versi halal supaya pelanggan Islam turut dapat menikmatinya.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial mendakwa, peniaga itu sebelum ini menggunakan bahan tidak halal di dalam masakannya, iaitu wain untuk memasak. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related