Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dr Azizan Presiden baharu MMA, tekad perjuang kesejahteraan doktor, kakitangan penjagaan kesihatan | Scoop

Dr Azizan Presiden baharu MMA, tekad perjuang kesejahteraan doktor, kakitangan penjagaan kesihatan

Beliau berkata, isu dihadapi pengamal perubatan swasta juga akan menjadi antara keutamaannya selepas ini

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dr Azizan Abdul Aziz dilantik sebagai Presiden baharu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), menggantikan Dr Muruga Raj Rajathurai yang tamat perkhidmatannya bagi penggal 2022-2023 semalam.

Beliau berkelulusan Ijazah Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1986.

Dr Azizan merupakan Timbalan Setiausaha Agung Kehormat dan Bendahari Agung Kehormat MMA dari 2013 hingga 2014 sebelum berehat dari tugas untuk menjaga ibunya yang disahkan menghidap penyakit Alzheimer.

Dalam ucapan sulungnya semasa Jamuan Tahunan MMA yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah petang semalam, Dr Azizan berkata, kesejahteraan doktor dan semua kakitangan penjagaan kesihatan awam akan menjadi keutamaan beliau.

“Isu doktor kontrak, kesesakan di fasiliti penjagaan kesihatan, ketidakadilan dalam pengagihan kakitangan penjagaan kesihatan, kekurangan pakar, imbuhan dan laluan kerjaya doktor muda antara isu penting yang akan saya diperjuangkan.

“Selain itu, isu masalah persekitaran kerja, keseimbangan kehidupan kerja doktor untuk mengelak keletihan, persediaan untuk negara yang semakin tua dan pendigitalan penjagaan kesihatan bagi memastikan isu penjagaan kesihatan awam perlu ditangani sebaiknya demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Menurutnya, penjagaan kesihatan awam tidak seperti jabatan perkhidmatan awam yang lain kerana pekerja penjagaan kesihatan sering bekerja lebih masa bagi mengutamakan keperluan pesakit lebih dulu.

“Ini kerana pekerja penjagaan kesihatan di sektor awam diamanahkan dengan tanggungjawab menjaga peratusan tinggi iaitu lebih 70 peratus penduduk bergantung kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan awam untuk keperluan kesihatan mereka.

“Hospital beroperasi setiap hari dan pekerja penjagaan kesihatan menangani situasi hidup dan mati hampir setiap hari. Memastikan kesejahteraan kakitangan penjagaan kesihatan amat penting untuk mengekalkan penjagaan berkualiti tinggi untuk hasil terbaik,” katanya.

Pada masa sama , Dr Azizan berkata, beliau tidak sabar berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencari penyelesaian isu membabitkan kesihatan awam kerana ia perlu ditangani dalam usaha menambah baik penyampaian penjagaan dan sistem perkhidmatan kepada masyarakat.

“Kami berharap mendapat maklumat terkini daripada KKM tidak lama lagi mengenai pelaksanaan pembaharuan penjagaan kesihatan yang sedang dirancang selaras dengan Kertas Putih Kesihatan.

“Selain itu, isu dihadapi pengamal perubatan swasta juga akan menjadi antara keutamaan saya selepas ini,” katanya. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related