Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pusat undi PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 8 pagi ini | Scoop

Pusat undi PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 8 pagi ini

Seramai 205,810 pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab pada hari ini

8:25 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Sebanyak 61 pusat pengundian dengan 362 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi ini, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ia melibatkan 47 pusat pengundian di Parlimen Pulai manakala 14 pusat pengundian di DUN Simpang Jeram dijadual ditutup pada 6 petang.

Berdasarkan data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan semalam, seramai 205,810 pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab pada hari ini.

Ia melibatkan sebanyak 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi yang akan memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Pengundian awal PRK Pulai telah berlangsung pada Selasa lepas (5 September) yang menyaksikan 831 pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mereka dengan jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 90 peratus.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN Simpang Jeram.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, masing-masing akan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Calon PH Suhaizan Kaiat, Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) akan berentap di kerusi Parlimen Pulai, manakala Nazri Abdul Rahman (PH), Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan S. Jeganathan (Bebas) bakal merebut kerusi di DUN Simpang Jeram. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related