Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid: Anthony Loke | Scoop

JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid: Anthony Loke

10:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan telah dimaklumkan mengenai dakwaan kemungkinan berlaku kekurangan tadbir urus berkaitan pendaftaran nombor plat klasik oleh JPJ.

“Susulan maklumat itu yang terkandung dalam dokumen JPJandora Papers, saya telah mengetengahkan perkara tersebut dalam mesyuarat pasca-Kabinet hari ini dan mengarahkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas Khas di Kementerian Pengangkutan yang turut akan dianggotai oleh Unit Integriti kementerian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Loke, pasukan itu telah diamanah menyiasat dakwaan tersebut dan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasa ketelusan proses pendaftaran nombor plat klasik. – 8 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related