Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Forest City bukan 'bandar berhantu': penduduk | Scoop

Forest City bukan ‘bandar berhantu’: penduduk

Zon berkenaan juga mampu membangunkan kawasan berkenaan yang merupakan kawasan strategik dan berhampiran dengan Singapura

8:01 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Langkah kerajaan untuk menjadikan Forest City sebagai zon kewangan khas mampu menghidupkan semula bandar berkenaan yang sebelum ini dihantui dengan imej ‘bandar hantu’ sejak beberapa tahun lalu.

Malah, zon berkenaan juga mampu membangunkan kawasan tersebut apatah lagi kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan Singapura.

Rata-rata penduduk menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa Forest City tidak ubah seperti ‘bandar hantu’. – Gambar Scoop, 6 September, 2023

Tinjauan yang dijalankan Scoop di kawasan tersebut mendapati penduduknya selesa dan tidak berhadapan dengan masalah meskipun ada suara-suara negatif yang menggelarnya sebagai ‘bandar hantu’.

Seorang penduduk, P. Kathirravan, 40, berkata dia selesa menjadikan Forest City sebagai kediamannya kerana ia merupakan kawasan yang strategik di samping berdekatan dengan tempat kerjanya di Singapura.

Menurut Kathirravan, walaupun tidak ramai yang menetap di Forest City sehingga tercetusnya gelaran negatif terbabit, namun tiada masalah untuk dirinya mendapatkan keperluan harian.

Kelihatan penduduk sekitar Forest City keluar untuk mencari tempat makan dan membeli keperluan seharian tanpa sebarang masalah. – Gambar Scoop, 6 September, 2023

“Tidak ramai yang tinggal di sini, sebab itu ia menjadi kawasan sunyi tetapi untuk kita mencari tempat makan atau kedai runcit bagi keperluan seharian, tiada masalah, cuma harganya agak mahal berbanding jika kita membelinya di tempat lain.

“Saya ada rumah di Senai namun memilih untuk menyewa di Forest City dengan harga RM1,050 kerana keselesaan fasiliti yang dimiliki di sini selain saya bekerja di Singapura, sangat dekat untuk saya ulang alik dengan menaiki motosikal,” katanya ketika ditemui di Forest City Outlet, hari ini.

Pada 25 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Forest City sebagai zon khas kewangan sebagai langkah menarik pelaburan asing seterusnya meningkatkan pelaburan asing di Johor.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, zon khas tersebut memberi keistimewaan kepada Johor yang berjiran dengan Singapura disamping mempunyai kemudahan yang lengkap di Forest City.

Forest City juga menjadi antara destinasi tumpuan penduduk setempat dan berhampiran termasuk negara jiran, Singapura untuk berkunjung bersama keluarga. – Gambar Scoop, 6 September, 2023

Dalam pada itu, pengusaha restoran, Hassan Abdul Mahmood berkata, dengan lokasi yang bersebelahan pintu gerbang wilayah selatan Malaysia, zon kewangan khas itu dilihat mampu memacu pertumbuhan ekonomi setempat.

Jelasnya, apabila peluang pekerjaan dicipta di perbandaran tersebut pada masa akan datang maka jumlah penduduk di situ juga akan meningkat.

Pemandangan laut yang memukau juga dapat dinikmati di Forest City. – Gambar Scoop, 6 September, 2023

“Saya terharu dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri kerana ia sudah pasti akan menambah keuntungan jualan. Saya mula membuka restoran ini pada 2018 namun tutup setahun kemudian tetapi dibuka semula pada Januari tahun lepas.

“Saya bersyukur dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan inisiatif tersebut yang mampu menarik lebih ramai pelbagai pihak, khususnya pelabur asing untuk datang bertapak di Forest City.

“Bagaimanapun, saya mengharapkan komitmen ini berterusan bagi memastikan Forest City tidak sekadar hangat hangat tahi ayam agar tempat ini bukan sahaja dikenali oleh rakyat tempatan, namun merupakan salah sebuah tempat pelancongan kawasan tambak yang terkenal di seluruh dunia seperti di Dubai,” katanya.

Inisiatif Kerajaan Perpaduan sudah pastinya merangsang perkembangan ekonomi, khususnya sektor penjagaan kesihatan, pendidikan dan pelancongan. – Gambar Scoop, 6 September, 2023

Sementara itu, Naib Presiden Forest City, Syarul Izam Sarifudin berkata, inisiatif daripada Kerajaan Perpaduan itu sudah pastinya merangsang perkembangan ekonomi, khususnya sektor penjagaan kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

“Ini kerana pelaksanaan insentif tambahan termasuk kadar cukai pendapatan khas sebanyak 15 peratus akan menarik kemasukan pekerja mahir dan visa masuk pelbagai. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related