Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ahmad Terrirudin berazam tunai amanah sebaik mungkin | Scoop

Ahmad Terrirudin berazam tunai amanah sebaik mungkin

10:08 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Peguam Negara hari ini, berazam untuk menunaikan amanah dengan sebaik mungkin.

“Insya-Allah saya akan tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin,” katanya ringkas kepada media ketika mendaftar masuk sistem kehadiran secara dalam talian pada pukul 8.15 pagi di lobi Jabatan Peguam Negara di sini.

Beliau turut menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berterima kasih kepada kerajaan atas pelantikannya.

Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan secara kontrak semalam.

Ahmad Terrirudin, 55, yang merupakan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 25 Mac 2022. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related