Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Keputusan mahkamah bukti Zahid dizalimi, mangsa pendakwaan politik – Majlis Ulama Umno | Scoop

Keputusan mahkamah bukti Zahid dizalimi, mangsa pendakwaan politik – Majlis Ulama Umno

Ia akan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan ahli UMNO bahawa setiap yang hak serta benar, pasti muncul

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan, menunjukkan segala tohmahan dilemparkan terhadap Presiden Umno itu selama ini tidak berasas.

Pengerusi Majlis Ulama Umno, Datuk Dusuki Ahmad berkata, keputusan itu dapat membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri itu yang menjadi sasaran kecaman mereka yang tidak bertanggunggjawab, semata-mata ingin meraih keuntungan politik.

“Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang bersabar terhadap mehnah (ujian dan cubaan Allah) dilalui.

“Dengan demikian benarlah apa diyakini pemimpin dan pendukung Umno sebelum ini, bahawa Zahid dizalimi dan menjadi mangsa pendakwaan politik sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kezaliman terhadap Zahid berlaku hanya beberapa minggu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika itu, mengancam supaya Presiden Umno membubarkan Umno.

“Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang jelas memperakui terlibat secara langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu politik berpengaruh pada waktu itu,” katanya.

Datuk Dusuki Ahmad, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khairuddin Aman Razali. Dusuki berkata, penganiayaan bermotifkan politik seumpama itu tidak wajar berulang pada masa depan – Gambar Facebook Ahmad Zahid, 5 September, 2023

Dusuki berkata, penganiayaan bermotifkan politik seumpama itu tidak wajar berulang pada masa depan, apatah ia berlaku ke atas mana-mana rakyat.

Beliau berkata, pihaknya turut optimis keputusan itu akan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan ahli UMNO bahawa setiap yang hak dan benar pasti akan muncul, selain rakyat boleh menilai apa berlaku.

“Majlis Ulama Umno dan Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia mengajak semua umat Islam berpegang pada prinsip keadilan Islam, iaitu seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan sebaliknya.

“Ia penting dan menjadi pengajaran amat berguna untuk generasi akan datang. Itulah prinsip perundangan dan prinsip bermasyarakat dalam Islam.

“Dengan prinsip ini keharmonian sesebuah masyarakat akan terus mekar terjaga,” katanya.

Mahkamah itu semalam membuat keputusan melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan, Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related