Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hubungan Malaysia, Indonesia mencakupi seni budaya: PM | Scoop

Hubungan Malaysia, Indonesia mencakupi seni budaya: PM

Antara perkara yang dibincang semasa Program ‘Santai Bersama Anwar’ ialah usaha memperjuang nasib golongan artis dan menjadikan seni budaya sebagai medium dakwah

12:02 AM MYT

 

JAKARTA – Hubungan Malaysia dan Indonesia melangkaui bidang diplomatik dan ekonomi malah turut mencakupi seni budaya seiring dengan konsep Kerajaan MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata selain hubungan dua hala diplomatik dengan pentadbiran Presiden Joko Widodo serta interaksi dengan pengusaha dan pelabur, pemerkasaan seni budaya turut diberi perhatian. 

“Saya mendapatkan juga pengalaman mereka dan cadangan untuk tingkatkan hubungan dua hala, juga memperkasa seni budaya,” katanya kepada media selepas menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti di sini malam ini.

Program ‘Santai Bersama Anwar’ dihadiri seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia termasuk Mulan Jameelah, Maruli dan Bara Tampubolon, Kartika Putri, Habib Usman, Selvi Kitty serta Melly Goeslow selain artis Malaysia Fazura.

Antara perkara yang dibincang pada pertemuan itu ialah usaha memperjuang nasib golongan artis, menjadikan seni budaya sebagai medium dakwah, kerjasama artis kedua-dua negara dan peranan mereka dalam menjaga hubungan harmonis dua negara. 

Anwar tiba di sini petang tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang bermula esok hingga 7 September.

Beliau dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama Rakan Dialog ASEAN antaranya Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related