Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki terselamat dalam kemalangan, motosikal dinaiki hangus terbakar | Scoop

Lelaki terselamat dalam kemalangan, motosikal dinaiki hangus terbakar

Lelaki berkenaan hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan namun motosikalnya hangus terbakar

9:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki cedera ringan namun motosikal yang dinaikinya rentung berpunca dari kemalangan jalan raya berhampiran bangunan Parlimen, di Lebuhraya Sultan Iskandar, di sini sebentar tadi.

Komander Operasi Bomba, S. Thirugaiyah berkata, dalam kejadian itu, lelaki berkenaan hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan namun motosikalnya hangus terbakar.

“Seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba Sentul telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 8.33 malam.

“Anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.51 malam. – 3 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related