Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua | Scoop

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

'Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat. Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini,' : Anwar

3:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan buat semua yang terlibat dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2023, termasuk mereka yang membanjiri Dataran Putrajaya, hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

“Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar,” menurut catatan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama penonton yang hadir pada sambutan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya, hari ini. – Gambar Facebook, 31 Ogos, 2023

Menyifatkan sambutan kali ini cukup luar biasa, Perdana Menteri dalam catatan berbeza turut menghargai mereka yang terlibat dalam sesi perbarisan, pertunjukan udara dan persembahan sepanjang sambutan berkenaan.

“Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat. Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini,” katanya.

Lebih 17,000 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan mengambil bahagian pada sambutan Hari Merdeka, di Dataran Putrajaya, hari ini. – Gambar Scoop, 31 Ogos, 2023

Lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Sambutan itu turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial serta diraikan secara serentak di seluruh negara bermula pukul 7 pagi. – 31 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related