Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Malaysia-Australia bincang kerjasama ekonomi digital, industri kreatif | Scoop

Malaysia-Australia bincang kerjasama ekonomi digital, industri kreatif

Perkara itu dibincang ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Australia Selatan Frances Adamson di pejabatnya petang tadi

10:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Australia berbincang mengenai ruang  mengeratkan lagi hubungan baik dua hala terutama menerusi kerjasama ekonomi digital dan industri kreatif. 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi laman Facebooknya malam ini berkata perkara itu dibincang ketika beliau menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Australia Selatan Frances Adamson di pejabatnya petang tadi.  

“Saya juga berkesempatan menerangkan mengenai persiapan kerajaan dalam menyambut Hari Kebangsaan 2023 yang akan berlangsung esok,” katanya. 

Delegasi Adamson diiringi oleh Simon Fellows, Kuasa Usaha  Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dan para pegawai kanan Kerajaan Australia. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related