Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Amalan Buruh Paksa: JTKSM belum terima maklumat kontraktor First Solar | Scoop

Amalan Buruh Paksa: JTKSM belum terima maklumat kontraktor First Solar

Pada 16 lalu, media melaporkan pengeluar panel solar terkemuka dari Amerika Syarikat, First Solar, mendedahkan audit terhadap operasi pembuatannya yang mendapati berlaku amalan buruh tidak beretika di kilangnya di Malaysia

8:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) masih belum mendapat maklumat daripada First Solar (Malaysia) Sdn Bhd berhubung senarai kontraktor yang didakwa terlibat dengan amalan buruh yang tidak beretika, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau berkata First Solar (Malaysia), kilang pembuatan dan pemasangan panel solar yang beroperasi di HighTech Park, Kulim, Kedah, memerlukan kebenaran daripada pejabat korporatnya, First Solar, Inc di Arizona, Amerika Syarikat, untuk memberi sebarang maklumat berkenaan empat kontraktor syarikat yang dilantik.

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menjalankan siasatan lanjut ke atas semua kontraktor terlibat setelah memperoleh senarai nama mereka daripada pejabat korporat.

“KSM komited untuk menangani isu buruh paksa di semua sektor pekerjaan di negara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kegiatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 16 Ogos lepas, media melaporkan pengeluar panel solar terkemuka dari Amerika Syarikat, First Solar, mendedahkan audit terhadap operasi pembuatannya yang mendapati berlaku amalan buruh tidak beretika di kilangnya di Malaysia.

Dalam laporan kemampanan korporat, First Solar berkata empat penyedia perkhidmatan lapangan di Malaysia mendedahkan pekerja asing kepada amalan pengambilan tidak beretika, termasuk pembayaran yuran pengambilan di negara asal mereka, penahanan pasport dan penahanan gaji yang menyalahi undang-undang.

Menurut Sivakumar tenaga kerja First Solar (Malaysia) yang dimiliki First Solar, Inc adalah terdiri daripada pekerja tempatan sahaja.

Namun, katanya empat kontraktor yang dilantik First Solar (Malaysia) di bahagian kawalan keselamatan, pembersihan, penyelenggaraan bangunan dan pergudangan tidak mencapai standard “Responsible Business Allianz” (RBA) seperti amalan pengambilan kos perekrutan yang tidak beretika sama ada di Malaysia atau negara asal, pemegangan pasport oleh majikan dan penahanan gaji.

Menurutnya First Solar telah mengambil tindakan untuk memastikan semua kontraktor memulangkan pasport dan gaji yang ditahan kepada pekerja asing, selain melaksanakan pelan pembayaran balik untuk membantu kontraktor dalam usaha membayar semula kos perekrutan di negara asal.

“First Solar juga mengambil langkah memastikan kontrak perkhidmatan dan polisi penggajian kontraktor dikemas kini agar ketidakpatuhan yang disenaraikan tidak berulang di masa depan,” katanya. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related