Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK: SPR keluarkan 304 kertas undi pos Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram | Scoop

PRK: SPR keluarkan 304 kertas undi pos Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Pengeluaran kertas undi pos semalam dilakukan oleh Petugas Pilihan Raya di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding

7:08 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 304 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, semalam.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengeluaran kertas undi pos semalam dilakukan oleh Petugas Pilihan Raya di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

Beliau berkata sebanyak 226 kertas undi pos yang telah dikeluarkan bagi Parlimen Pulai terdiri daripada 172 kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas Media), 22 undi pos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), enam kategori 1C (agensi dan organisasi) serta 26 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

“Bagi PRK DUN Simpang Jeram pula, sebanyak 78 kertas undi pos dikeluarkan terdiri daripada 62 Kategori 1A, 10 undi pos bagi Kategori 1B dan enam PTH luar negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin dalam pada itu mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang, 9 Sept ini.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – 29 Ogos, 2023

TAG: SPR, Ikmalrudin Ishak, undi pos, PRK, Pulai, Simpang Jeram

Topics

 

Hangat

Related