Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tabung komuniti filem untuk kesejahteraan, kebajikan penggiat industri filem | Scoop

Tabung komuniti filem untuk kesejahteraan, kebajikan penggiat industri filem

Antara objektif tabung itu adalah untuk mengendalikan program komuniti filem, ziarah anak seni dan kempen kesedaran memajukan industri perfileman Malaysia

4:34 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penubuhan Tabung Komuniti Filem hari ini merupakan antara usaha gigih Kerajaan Perpaduan untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan penggiat industri filem negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata antara objektif tabung itu adalah untuk mengendalikan program komuniti filem, ziarah anak seni dan kempen kesedaran memajukan industri perfileman Malaysia, selain mengagihkan bantuan atau memberi sumbangan dan derma kepada komuniti filem yang memerlukan.

Dalam mengalu-alukan syarikat korporat, yayasan, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu untuk bekerjasama dan menyumbang kepada Tabung Komuniti Filem, Fahmi berkata objektif lain adalah untuk membiayai aktiviti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkaitan dengan pembangunan komuniti filem.

“Tabung ini berperanan untuk menyelaras agihan bantuan, sumbangan, kutipan derma yang diterima melalui kerjasama daripada badan-badan kerajaan, NGO, persatuan, syarikat swasta dan individu,” katanya ketika berucap melancarkan Tabung Komuniti Filem di sini hari ini.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Fahmi memberi bayangan pakej RAHMAH keselamatan sosial untuk pemain industri kreatif dan wartawan bakal diperkenalkan susulan pertemuannya dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru-baru ini. 

“Saya sebelum ini sebut keperluan untuk jaga kebajikan bukan hanya mereka terlibat dalam industri kreatif malah juga dalam kalangan wartawan. Saya lihat wartawan yang berstatus ‘stringer’ sering kali hadapi isu dalam keselamatan sosial.

“Insya-Allah, mungkin pakej lebih RAHMAH kerana kita tahu ia ada melibatkan sedikit kos, tetapi saya difahamkan jumlah tidak terlalu besar, namun manfaatnya lebih banyak, dan ini kita sedang bincangkan, “ katanya.

Beliau turut mengarahkan Finas dan Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) untuk mengadakan perbincangan segera mengenai perkara itu dengan PERKESO.

“Finas dan MyCV adakan sedikit perbincangan dengan Perkeso untuk teliti aspek keselamatan sosial para pekerja dalam industri kreatif… ada aspek keselamatan sosial perlu diberi perhatian termasuk isu pencen kilat dan khairat kematian,” katanya. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related