Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ucapan kontroversi: Hadi sudah dihubungi Bukit Aman, sedia beri kerjasama | Scoop

Ucapan kontroversi: Hadi sudah dihubungi Bukit Aman, sedia beri kerjasama

Beliau menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah dihubungi pegawai penyiasat Bukit Aman pagi tadi untuk hadir memberi keterangan berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau semasa kempen pilihan raya di Sempang Jeram, Johor.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Malah, Syahir berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Hadi yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman.

“Malah sebelum ini Hadi telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Hadi menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Abdul Hadi dilaporkan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah adalah tidak sesuai dengan apa yang diajarkan Islam.

Katanya, pihak yang berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah, bukannya lembaga pengampunan.

“Termasuk (mengenai) pengampunan. Kes jenayah dalam Islam, yang berhak mengampun adalah mangsa jenayah.

“Kalau dia mati, (melibatkan) kes bunuh, adik-beradik dia, ibu bapa dia atau wali dia yang berhak mengampun, bukan lembaga pengampunan,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Markas PAS Kawasan Bakri. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related