Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Perkim ambil pendekatan harmoni, terima individu tanpa paksaan peluk Islam | Scoop

Perkim ambil pendekatan harmoni, terima individu tanpa paksaan peluk Islam

Perkim lebih menekankan pendekatan harmoni dalam menerima individu yang tanpa paksaan mahu memeluk Islam

10:30 AM MYT

 

KLANG – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor lebih menekankan pendekatan harmoni dalam menerima individu yang tanpa paksaan mahu memeluk Islam.

Pengerusi Perkim Selangor, Muhammad Fitri Abdullah, berkata badan bukan kerajaan itu sudah mengislamkan seramai 557 saudara baharu sepanjang tahun lalu di negeri ini.

“Pendekatan kita harmoni, bukan pergi rumah ke rumah dan paksa orang masuk Islam, tak ada.

“Kita bawa slogan masuk agama Islam dan lebih penting bagi pihak keluarga bila lihat ada ahli keluarga mereka memeluk Islam, mereka nak lihat individu itu (dapat) menjadi lebih baik,” katanya kepada Scoop hari ini.

Perkim membawa slogan masuk agama Islam dan lebih penting keluarga melihat individu yang memeluk Islam itu menjadi lebih baik. – Gambar Scoop, 27 Ogos, 2023

Beliau berkata, namun dalam usaha Perkim menjalankan amanah dan tanggungjawab itu, masih kedengaran ‘cakap-cakap’ yang mendakwa Perkim ‘lepas tangan’ dalam membimbing mualaf untuk lebih mendalami Islam.

Menjelaskan perkara itu, Muhammad Fitri tidak menafikan ada kes mualaf yang ‘hilang’ dari radar Perkim selepas memeluk Islam.

“Kes (mualaf) ‘hilang’ itu ada, hilang mungkin berkahwin atau tinggal di luar dari Selangor atau luar negara yang kita tidak dapat nak kesan.

“Terpaling menyukarkan kita ialah (segelintir) mualaf ini suka dan sering menukar nombor telefon, ini antara punca kenapa kita tidak dapat buat susulan (untuk kursus bimbingan agama).

“Kadang ada persepsi masyarakat kata kita tak buat follow up (susulan), tak… bukan, kita memang nak buat, tapi ada mualaf yang tidak maklum pertukaran alamat atau nombor telefon kepada kami.

“Bila (mereka) ada masalah kadang-kadang barulah muncul semula di Perkim,” katanya.

Ditanya mengenai kisah tular suadara baharu diislamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyifatkan perkara itu satu penghormatan bagi saudara baharu terbabit.

“Saya lihat ini satu honour (penghormatan), contoh macam saya masuk Islam dengan diislamkan oleh seorang ulama.

“Saya  berpegang teguh kepada Islam walau bermacam-macam ujian dan cabaran sebab saya tahu yang islamkan saya seorang ulama menjadikan saya untuk jadi lebih baik lagi.

“Saya yakin Muhammad Anwar (saudara baharu) ini juga sama, yang islamkan dia Perdana Menteri.

“Datang apa ujian sekali pun, dia tahu Allah ada dan dia tahu dia diislamkan oleh Perdana Menteri dan ini akan disebut oleh anak, cucu dan cicit, ada keturunan pernah diislamkan oleh seorang Perdana Menteri,” katanya. – 28 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Related