Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Program Merdeka: Fahmi edar 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna kenderaan di Pantai Dalam | Scoop

Program Merdeka: Fahmi edar 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna kenderaan di Pantai Dalam

Program jelajah itu dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan, selain menyemai semangat perpaduan serta cintakan negara

8:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna laluan utama di Pantai Dalam, berdekatan Stesen Petronas Lebuhraya Pantai Baru (NPE) di sini, hari ini.

Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengedarkan Jalur Gemilang sempena perasmian program Jelajah Konvoi Kembara Merdeka dan Jalur Gemilang bagi kawasan berkenaan – Gambar ihsan Kementerian Komunikasi & Digital, 27 Ogos, 2023

Pengedaran itu disempurnakan Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersempena perasmian program Jelajah Konvoi Kembara Merdeka dan Jalur Gemilang bagi kawasan berkenaan.

Ia dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin Malaysia (PTY) Malaysia.

Program itu dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin Malaysia (PTY) Malaysia – Gambar ihsan Kementerian Komunikasi & Digital, 27 Ogos, 2023

Aktiviti sempena program itu membabitkan konvoi bermotosikal mengelilingi kawasan Lembah Pantai oleh penduduk parlimen berkenaan dan edaran 1,000 ‘car flag’.

Program jelajah itu dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan, selain menyemai semangat perpaduan serta cintakan negara sempena ulang tahun kemerdekaan ke-66.

Aktiviti sempena program itu membabitkan konvoi bermotosikal mengelilingi kawasan Lembah Pantai oleh penduduk parlimen berkenaan dan edaran 1,000 ‘car flag’ – Gambar ihsan Kementerian Komunikasi & Digital, 27 Ogos, 2023

Terdahulu, Fahmi mengumumkan bahawa tema dan logo sambutan Hari Kemerdekaan 2023 adalah Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. – 27 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Related