Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Dakwaan 54,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia tidak benar: Fahmi | Scoop

Dakwaan 54,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia tidak benar: Fahmi

Berdasarkan penjelasan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hanya 45 individu dari China yang telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini

8:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi status kerakyatan kepada 54,000 warga China adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook beliau malam tadi, Fahmi berkata angka itu sebenarnya adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dari 2017 hingga 2022.

Beliau berkata berdasarkan penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hanya 45 individu dari China yang telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini.

“Itupun hanya setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntuk mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964. Semak dulu, hentikan fitnah,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin Nasution menafikan dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.

Beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab sehingga memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related