Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kasih sayang, berbuat baik kepada jiran antara terkandung dalam Hadis 40 Imam Nawawi | Scoop

Kasih sayang, berbuat baik kepada jiran antara terkandung dalam Hadis 40 Imam Nawawi

Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara amnya menghimpunkan panduan kehidupan yang bukan menjurus kepada ibadah umat Islam semata-mata malah merangkumi keseluruhan moral dan nilai murni kehidupan manusia pelbagai agama dan kefahaman.

Menurut Timbalan Pengerusi Tetap Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Nik Saiful Adli Burhan, hadis-hadis berkenaaan adalah mengenai kasih sayang sesama manusia dan berbuat baik dalam kehidupan.

“Antaranya hadis pertama adalah berkenaan niat yang baik, hadis ke-13 mengenai kasih sayang sesama saudara, hadis ke-15 tentang berbuat baik kepada jiran tetangga dan banyak lagi hadis yang dihimpunkan Imam Nawawi sebagai panduan kehidupan.

“Justeru saya menyokong sepenuhnya usaha kementerian dalam meningkatkan pendidikan moral dan nilai murni kehidupan, bukan semata-mata menjadikan sijil akademik sebagai matlamat utama pendidikan di sekolah.

“Saya menyeru semua pihak termasuk yang mewakili agama lain agar berlapang dada dalam menilai langkah diambil KPM supaya keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara ini terjaga,” katanya.

Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.

Modul itu akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, selain itu, ia juga perlu dikaji secara terperinci sebelum dilaksanakan pada tahun hadapan agar guru-guru yang terlibat lebih bersedia.

“Sebaiknya kajian dan penyelidikan perlu didahulukan (terlebih dahulu) sebelum ia dilaksanakan secara mengejut. Bukan sekadar untuk pelajar hafal tanpa penghayatan mendalam. Tidak ada impak jika ia hanya diajar sekadar sambil lewa, bak melepaskan batuk di tangga.

“KPM (Kementerian Pendidikan) telah mengakui silibus sudah terlalu berat, jadi tidak perlu bebankan pelajar dengan modul tersebut, eloklah ia dijadikan (hanya) bahan rujukan dan bacaan tambahan sahaja,” katanya. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related