Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
42 peratus puas hati prestasi PM, etnik Cina beri rating tertinggi | Scoop

42 peratus puas hati prestasi PM, etnik Cina beri rating tertinggi

Dengan mengambil kira pemberatnya iaitu pengundi Melayu, maka angka itu adalah munasabah

7:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 42 peratus responden di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dapatan kajian dijalankan badan penyelidikan Ilham Centre itu mendedahkan masyarakat Cina memberikan rating tertinggi kepada Anwar dengan 88 peratus, diikuti India (81 peratus) dan etnik lain (75 peratus).

Dalam pada itu, kaum Melayu memberikan rating lebih rendah iaitu kira-kira 24 peratus.

“Secara keseluruhan (di enam negeri) 42 peratus bersetuju dengan prestasi Anwar. Dengan mengambil kira pemberatnya pengundi Melayu maka angka itu adalah munasabah. Boleh dikatakan ia berada di peringkat memuaskan jika dibedah mengikut negeri atau segmen kaum, etnik dan juga umur.

“Dalam kajian ini kami merumuskan sikap responden di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mempunyai tanggapan berbeza dengan negeri di bawah pentadbiran PAS di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Ada dua garis pemisah yang jelas,” kata Pengarah Eksekutifnya, Hisommudin Bakar.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan dapatan kajian berjudul ‘Prediksi Akhir PRN, Prestasi PH Unggul, PN Kuasai Jajaran Melayu’ di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 41 peratus responden dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan percaya Malaysia sedang menuju ke landasan yang betul di bawah pimpinan Anwar.

Walaupun 37 peratus responden menyatakan kesanggupan mereka untuk mengalihkan undi kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) kerana kepimpinan Anwar, hanya 33 peratus percaya dengan keupayaan beliau dalam mempertahankan hak Melayu – Gambar Scoop, 25 Ogos, 2023

Lebih 40 peratus responden menyatakan keyakinan bahawa Anwar mampu membina kepercayaan masyarakat Melayu untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ilham Centre, keputusan kajian itu turut dipengaruhi oleh maklum balas daripada responden di tiga negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu di mana tahap kepuasan hati terhadap prestasi Anwar lebih rendah.

Kajian itu turut meneroka kecenderungan pengundi terhadap gabungan politik yang berbeza.

Walaupun 37 peratus responden menyatakan kesanggupan mereka untuk mengalihkan undi kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) kerana kepimpinan Anwar, hanya 33 peratus percaya dengan keupayaan beliau dalam mempertahankan hak Melayu.

Dapatan kajian itu menggambarkan rekahan sentimen tentang ekonomi di bawah pentadbiran Anwar, dengan 55.3 peratus tidak bersetuju bahawa ia sedang menuju ke arah pemulihan.

Secara kesimpulannya, data kajian itu menunjukkan bahawa rating Anwar lebih tinggi di negeri PH-BN, tetapi lebih bernuansa dalam kalangan orang Melayu.

Naratif PN mengenai hak Melayu dan Islam nampaknya mempunyai lebih banyak pengaruh di kawasan majoriti Melayu.

Tinjauan itu membabitkan 2,416 responden dalam siri pertamanya, yang dijalankan dari 11 hingga 27 Julai 2023, manakala 2,304 responden lain dalam fasa terakhir bermula 29 Julai hingga 8 Ogos 2023.

Ilham Centre memaklumkan respondennya terdiri daripada demografi yang pelbagai dan kumpulan umur berbeza (18 hingga 60 tahun ke atas). – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related