Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kenyataan SPRM siasat kes rasuah KPPA palsu | Scoop

Kenyataan SPRM siasat kes rasuah KPPA palsu

Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat serta mengelirukan orang ramai

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Jurucakap SPRM memaklumkan, kenyataan media bertarikh 23 Ogos 2023 seperti yang ditularkan menerusi media sosial mengenai perkara itu adalah palsu.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat serta mengelirukan orang ramai.

“Susulan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebar dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada April lalu, Jabatan Perdana Menteri turut menafikan kenyataan kononnya SPRM akan menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap kes salah guna kuasa melibatkan perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan KPPA. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related