Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar ucap tahniah kepada PM, rakyat India susulan pendaratan Chandrayaan-3 di kutub selatan bulan | Scoop

Anwar ucap tahniah kepada PM, rakyat India susulan pendaratan Chandrayaan-3 di kutub selatan bulan

Beliau berkata, pencapaian membanggakan yang diraih negara berkenaan itu juga dianggap sebagai kejayaan buat Asia dan warganya

10:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi dan rakyatnya atas kejayaan mendaratkan pesawat angkasa negara berkenaan, Chandrayaan-3 di kutub selatan bulan yang belum pernah diterokai manusia.

Beliau berkata, pencapaian membanggakan yang diraih negara berkenaan itu juga dianggap sebagai kejayaan buat Asia dan warganya.

Justeru, katanya, Malaysia turut berbangga atas pencapaian itu dan ia menggambarkan ‘The Asian Century’.

“Mengutuskan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan rakyat republik India atas kejayaan mendaratnya pesawat ruang angkasa India, Chandrayaan-3 semalam di kutub selatan bulan yang belum pernah diterokai manusia.

“India kini sudah menawan bulan dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata, tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.

“Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah “The Asian Century. Tahniah India,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, India mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi negara pertama mendaratkan Chandrayaan-3 di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi Chandrayaan-3 ke bulan itu sudah dilancarkan pada 14 Julai lalu, dengan modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan ‘lancar’ atau terkawal, bermula pada jam 5.44 petang waktu India.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menerusi pengumumannya memaklumkan Chandrayaan-3 berjaya mendarat di bulan.

Manakala, menerusi kenyataannya, Narendra mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil memberitahu seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan. – 24 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Related