Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PAS tak pernah bincang guna logo dan tema berbeza, itu bukan urusan parti pun: Tuan Ibrahim | Scoop

PAS tak pernah bincang guna logo dan tema berbeza, itu bukan urusan parti pun: Tuan Ibrahim

Cadangan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari untuk menggunakan tema dan logo berbeza adalah pandangan peribadi beliau

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tiada perbincangan pada peringkat parti untuk menggunakan tema dan logo berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan di empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Justeru katanya cadangan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari untuk menggunakan tema dan logo berbeza adalah pandangan peribadi beliau.

“Tiada perbincangan di peringkat parti mengenainya, itu sebenarnya bukan urusan parti pun, itu pandangan peribadi beliau (Fadhli).

“Kita lihat tema itu lebih bersifat kepartian berbanding kebiasaan tema hari kebangsaan yang bersifat nasional,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Semalam terdapat laporan empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kemerdekaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Fadhli dipetik berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diterajui gabungan itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN, semalam.

Katanya, logo diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Cadangan Fadhli itu juga mendapat kecaman netizen yang kesal dan menyifatkan ia sebagai biadap serta ‘memperjuangkan’ perpecahan malah ada yang bimbang Malaysia boleh berubah ke arah negara ekstrimis sekiranya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023. – 20 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related