Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Nahas Elmina: Semua mangsa diklasifikasi sebagai kematian mengejut, Ketua Polis Selangor | Scoop

Nahas Elmina: Semua mangsa diklasifikasi sebagai kematian mengejut, Ketua Polis Selangor

AAIB akan menjalankan sendiri siasatan kes itu

10:27 AM MYT

 

KLANG – Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) akan meneruskan siasatan berhubung nahas tragis pesawat Beechcraft 390 di Lebuhraya Guthrie berhampiran perumahan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Manakala, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, sebagai kematian mengejut.

“Kami (pihak polis) mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai kematian mengejut dan akan menjalankan siasatan sewajarnya.

“AAIB akan mengendalikan siasatan berhubung nahas itu sendiri,” katanya pada sidang media di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini. — 20 Ogos 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Related