Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Luqman kosongkan jawatan Ketua Penerangan Muda | Scoop

Luqman kosongkan jawatan Ketua Penerangan Muda

Pengosongan jawatan itu adalah selaras dengan ikrarnya sebelum ini, untuk meletak jawatan jika hilang deposit pada PRN 12 Ogos lalu

6:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Luqman Long mengumumkan meletak jawatan Ketua Penerangan Muda, pada mesyuarat parti itu semalam.

Dalam ciapan di Twitternya, Luqman berkata ia selaras dengan ikrarnya sendiri untuk mengosongkan jawatan tersebut jika hilang deposit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Terima kasih MUDA. Saya telah mengosongkan jawatan Ketua Penerangan Muda pada mesyuarat parti semalam. Ini selaras dengan ikrar saya sendiri. Penerangan Muda adalah biro yang paling rencam dan aktif, menguruskan 3 siri pilihan raya dan urus tadbir yang disokong misi raih dana,’’ katanya.

Pada PRN lalu, Luqman yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar hilang deposit selepas hanya meraih 372 undi, sementara Ahmad Shah Muhamed dari Perikatan Nasional (PN) memperoleh 8,438 undi manakala Armi Irzan Mohd (Barisan Nasional) mendapat 6,074 undi. – 19 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related