Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Islam bukan milik eksklusif PAS, ia milik umat Islam seluruh dunia | Scoop

Islam bukan milik eksklusif PAS, ia milik umat Islam seluruh dunia

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Amanah mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud menarik balik tuduhan dan memohon maaf kerana mendakwa dua wakil rakyat dari pembangkang di negeri itu menentang perjuangan Islam.

Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Kelantan, Hisham Fauzi berkata, adalah sangat tidak tepat dan mengelirukan apabila perbezaan dan pendekatan serta pemahanan dianggap sebagai menentang perjuangan Islam semata-mata kerana pendekatan Islam yang dibawa Amanah tidak sama dengan PAS.

“Islam bukan milik eksklusif PAS sahaja. Ianya milik keseluruhan umat Islam seluruh dunia. Saya sangat dukacita dengan dakwaan Menteri Besar Kelantan dan menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar ini. PAS seolah-olah lupa mereka juga pernah hanya ada dua kerusi di Kelantan pada tahun 1978 dahulu,’’ katanya menerusi satu kenyataan.

Dua wakil rakyat yang masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu dituduh sebagai penentang perjuangan Islam secara terbuka oleh Menteri Besar Kelantan di dalam Kuliah Pagi Jumaat beliau di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Hisham berkata, sekiranya pendirian PAS itu tidak dipersetujui oleh mana-mana pihak, ia merupakan ‘ijtihadi’ yang dibenarkan dalam Islam, di mana dua wakil rakyat itu tidak boleh dituduh sebagai penentang perjuangan Islam di Malaysia.

“Sebagai contoh, PAS berpegang kepada konsep klasik pengkelasan orang bukan Islam kepada kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) seperti yang dipegang oleh sebahagian pendapat ulama terdahulu namun kami di Amanah, konsep ini perlu dinilai semula mengikut perkembangan bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam bersifat global.

“Pendirian ini ditegaskan oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa pada Oktober 2019 dengan jelas beliau nyatakan bahawa ‘tiada lagi gelaran kafir harbi, zimmi dalam sistem kewarganegaraan,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham turut menegaskan pendirian itu bukan sahaja dipraktikkan oleh Amanah, malah sudah ramai dalam kalangan ulama dan cendekiawan Islam selari dengannya susulan lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syariah dan fiqh, di samping menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi’). 

Katanya, menuduh seseorang sebagai kafir harbi dan zimmi sudah tidak praktikal lagi susulan Islam sudah bergabung dengan entiti dunia yang terbahagi antara Muslim dan bukan Islam yang lebih bersifat global.

“Bagi mereka (golongan ulama, cendiakawan Islam), ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang. Inilah juga pendirian Amanah.

“Malah, Amanah setiap tahun melalui program “Nadwah Ulama Nahdhoh Jadidah – NUNJI” mengadakan konvensyen secara berkala demi menyemai perkembangan kefahaman terhadap ilmu terkini, termasuklah membuat kajian kes bagaimana percubaan yg dibuat kerajaan Mesir yang dipimpin oleh tokoh Ikhwan al-Muslimin, Al-Marhum Dr Muhammad Mursi. – 19 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Related