Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani | Scoop

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani

9:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan MADANI.

Perdana Menteri berkata skim yang bermatlamat untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 boleh didapati secara percuma di klinik perubatan swasta berdaftar di 10 daerah sejak program rintis itu dilancarkan pada 15 Jun lepas.

“Saya amat berharap skim ini dapat memanfaatkan golongan sasar sebagai usaha dan upaya kerajaan mewujudkan akses yang adil kepada khidmat kesihatan yang berkualiti.

Saya mohon teman-teman untuk sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang memerlukan,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Skim Perubatan MADANI diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2023 sebagai antara inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan selain membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berhampiran.

Peruntukan bagi setiap isi rumah menerusi skim itu adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang yang dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Pada 8 Ogos lepas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata Skim Perubatan MADANI telah diperluas ke 11 daerah lain membabitkan Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Terengganu yang akan dilaksanakan bermula minggu kedua bulan Ogos diikuti Kota Bharu dan Pasir Mas di Kelantan; Kuantan, Pahang; Melaka Tengah, Melaka; Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan dan Perlis pada minggu keempat.

Daerah lain yang terlibat dalam projek rintis ini adalah Kuala Lumpur, Klang, Petaling Jaya, Hulu Langat dan Gombak di Selangor; Johor Bahru (Johor); Kinta (Perak); Timur Laut (Pulau Pinang); Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu di Sabah. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related