Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Belum masa tuntut jenazah, waris mangsa tragedi Elmina akur arahan polis | Scoop

Belum masa tuntut jenazah, waris mangsa tragedi Elmina akur arahan polis

Proses menuntut jenazah hanya akan bermula Isnin ini

5:36 PM MYT

 

KLANG – Ahli keluarga dan waris nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini sejak malam tadi telah mula beransur pulang selepas disarankan untuk berbuat demikian.

Ia selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta mereka supaya pulang, berehat dan menenangkan diri di rumah atau tempat penginapan masing-masing kerana proses menuntut jenazah hanya akan bermula Isnin ini.

Salah seorang waris yang juga ibu kepada Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki, berkata, dia reda dengan setiap ketentuan yang berlaku termasuk tidak dapat menuntut jenazah hari ini.

“Kami semua reda walaupun masing-masing sudah bersedia untuk menguruskan jenazah. Segala persiapan juga sudah dibuat namun kita tunggu sahaja kerana ini bukan kuasa kita sebaliknya ketentuan Allah,” katanya.

Seorang lagi waris kepada Allahyarham Shaharul Amir Omar iaitu Saidi Sarip, 59, berkata mereka sekeluarga sudah menyiapkan urusan pengebumian sejak mangsa disahkan meninggal dunia dalam tragedi itu.

“Jenazah akan dikebumikan di Manjung, Perak dan ketika ini ramai keluarga sudah berkumpul di sana. Tetapi ada yang berpatah balik ke sini kerana jenazah masih tidak boleh dituntut.

“Setakat ini saya difahamkan keluarga mangsa termasuk isteri reda dengan ketentuan ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan urusan berkaitan,” katanya – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related