Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Baru beberapa hari bertemu, Remy Ishak terkejut dapat berita Kapten Shahrul maut dalam nahas pesawat di Elmina | Scoop

Baru beberapa hari bertemu, Remy Ishak terkejut dapat berita Kapten Shahrul maut dalam nahas pesawat di Elmina

Remy dan Allahyarham Shahrul Kamal baru bertemu di sebuah restoran di Shah Alam beberapa hari lalu

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon terkenal, Remy Ishak terkejut apabila mengetahui mengenai nahas pesawat di Elmina, Shah Alam semalam kerana dia baru sahaja bertemu dengan salah seorang mangsa, iaitu juruterbang pesawat tersebut Shahrul Kamal Roslan.

Menerusi hantaran di Instagram, Remy telah berkongsi gambarnya bersama Allahyarham Shahrul sewaktu pertemuan mereka di sebuah restoran beberapa hari lalu.

“Innalillahwainnalillhairojiun. Takziah buat Shefa dan keluarga atas pemergian kapten Shahrul Kamal dalam nahas yang berlaku di Elmina.

“Baru dua hari lepas jumpa arwah dan isterinya di Mozers Shah Alam. Hari ini buka Whatsapp dapat berita sedih ini. Saya sangat berdukacita mendengar khabar ini Shefa.

“Semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Allahyarham Shahrul merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, semalam.

Selain beliau, mangsa lain ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Pahang yang juga ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Lapan daripada mangsa adalah penumpang dan anak kapal pesawat ringan terbabit manakala dua lagi adalah penunggang sebuah motosikal serta sebuah kereta yang melalui kawasan terbabit. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related