Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Saya bukan antara mangsa nahas pesawat di Elmina: Ikwan Hafiz Jamaluddin | Scoop

Saya bukan antara mangsa nahas pesawat di Elmina: Ikwan Hafiz Jamaluddin

10:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ikwan Hafiz menafikan beliau merupakan antara 10 mangsa yang terkorban, dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

Ikwan, 36, dalam kenyataan ringkas kepada Bernama berkata laporan yang disiarkan dalam media utama menyatakan, namanya antara yang tersenarai menaiki pesawat ringan berkenaan adalah tidak benar dan palsu.

“Saya kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir pengamal media yang tidak bertanggungjawab dan menyiarkan berita secara melulu, tanpa sebarang semakan sehingga menimbulkan spekulasi yang mengganggu ketenteraman keluarga.

“Sehubungan itu saya meminta agar masyarakat umum menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan. Pada masa yang sama, saya mewakili pihak keluarga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan orang kenamaan merupakan antara 10 lelaki maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, dekat sini petang tadi.

Antara yang terkorban ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara Subang melihat asap dari lokasi nahas pada 2.51 petang.

Pesawat berkenaan sebelum itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan membawa lapan orang termasuk dua kru penerbangan. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related