Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Dashcam’ rakam detik pesawat terhempas, kenderaan nyaris disambar api | Scoop

‘Dashcam’ rakam detik pesawat terhempas, kenderaan nyaris disambar api

Serpihan pesawat itu turut jelas kelihatan bersepai di udara

9:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Itu situasi dilalui pemandu sebuah kereta apabila terselamat dalam kejadian pesawat terhempas berhampiran kawasan kediaman Elmina di Shah Alam, petang tadi.

Detik-detik cemas itu dirakam papan pemuka kenderaan atau dashcam pemilik kereta terbabit yang kemudiannya tular di Twitter.

Dalam rakaman itu, kereta tersebut nyaris disambar api sejurus pesawat berkenaan terhempas.
Serpihan pesawat itu turut jelas kelihatan bersepai di udara.

Pemandu terbabit kemudian memberhentikan kenderaannya di tepi jalan selepas tanda mercu Jambatan Pelangi Elmina untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Rakaman video itu turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

“Yang punya dashcam ini betul-betul macam final destination. Al-Fatihah pada mangsa yang terlibat,” kata Badrulmohd_007.

“Ya Allah memang panjang umur betul,” kata VoiceForPeace5.

“Kalau dah bukan ajal, pemilik video ni sempat lagi elak walaupun dah sipi-sipi,” kata Ayuzulkifli2.

“Macam missile (peluru berpandu) jatuh ke bumi,” kata Amrlhsrn.

Malah kepulan asap tebal jelas kelihatan menerusi video yang dirakam dari bahagian belakang kenderaan sejurus selepas pesawat itu terhempas.

Sementara itu, menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) penduduk setempat, pesawat tersebut kelihatan jatuh dalam keadaan menjunam sebelum meletup.

Rakaman itu menunjukkan kejadian berlaku pada jam 2.49 petang, dua minit selepas pesawat tersebut berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang.

Gegaran turut dirasai penduduk di sekitar kawasan kediaman itu, impak letupan pesawat berkenaan. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related