Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kalimah Allah: KDN terima input untuk penambahbaikan arahan pentadbiran | Scoop

Kalimah Allah: KDN terima input untuk penambahbaikan arahan pentadbiran

Cadangan itu diterima pada Majlis Libat Urus KDN Bersama Badan Perundangan Sivil dan Syariah yang diadakan di kementerian itu, hari ini

7:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperolehi input dan cadangan dalam urusan penyediaan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan isu penggunaan kalimah ‘Allah’ agar selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.

KDN, dalam kenyataan, memaklumkan cadangan itu diterima pada Majlis Libat Urus KDN Bersama Badan Perundangan Sivil dan Syariah yang diadakan di kementerian itu, hari ini.

“Majlis ini adalah bertujuan untuk mendapatkan cadangan dan pandangan secara kolektif dari aspek perundangan sivil dan syariah sebagai salah satu proses penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’,” menurut KDN.

Turut serta ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama 25 pengamal undang-undang dari Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kemajuan Islam, Majlis Profesor, dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim atau Syarie.

Pada majlis itu, jemputan diberikan ruang untuk membincangkan mengenai pendekatan perundangan khususnya dari sudut cadangan pengemaskinian Arahan Pentadbiran KDN, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di lapangan dan punca kuasa kerajaan berdasarkan segregasi kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related